
Sulit
3 tahun
Layak atau tidak untuk mengambil vaksin
-terlibat dalam kebakaran pada 2010. tahap kebakaran full thickness dgn kesan terbakar hampir 34%.ditidurkan kerana ada jangkitan pada paru-paru serta darah.menjalani 6 pembedahan.mendapat penambahan darah sebanyak 5 pek.sekarang saya mengalami alah pada persekitaran(cuaca panas/sejuk) makanan serta kulit. cepat merasa penat. kekejangan otot.

3 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas pertanyaan yang diajukan.
Untuk makluman anda terdapat 4 kategori yang tidak layak untuk vaksinasi Covid-19. Antaranya:
- masalah allergi
- kanak-kanak
- memiliki gangguan imunisasi
- wanita hamil
Oleh itu, anda digalakkan untuk mengambil vaksin jika anda tidak tergolong dalam kategori tersebut. Anda boleh berunding dengan doktor anda untuk nasihat yang lebih terperinci tentang keadaan anda jika anda masih risau tentang kesan sampingan vaksinasi tersebut.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini