
Anonymous
6 tahun
Lebihan daging di jahitan episiotomi
saya dah 8 bulan bersalin…setiap kali bersama mesti ada darah yg keluar pada lebihan daging tu… warna daging disitu merah pekat… tetapi bila saya tak bersama warna dia normal… dan sekarang pun saya ada keputihan tapi saya konfius itu keputihan ataupun cecair yg keluar dari kawasan lebihan daging tu… warna cecair tu pun hijau kekuningan… saya takut la ada nanah ke apa area situ… tapi saya takde rasa sakit pun… selepas bersalin je saya ada masalah ni. sebelum ni takde keputihan pun… apa patut saya buat?

6 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Darah yang keluar dari bekas luka episiotomi anda yang berlaku ketika melakukan hubungan kelamin mungkin merupakan kesan trauma pada bahagian luka tersebut yang masih belum pulih sepenuhnya. Bahagian faraj adalah bahagian yang sensitif dan mudah berlaku pendarahan.
Selain itu, anda juga mengalami masalah keputihan. Masalah ini boleh jadi berkaitan dengan luka episiotomi anda contohnya jangkitan pada luka tersebut. Ia juga mungkin adalah keputihan normal yang biasa dialami oleh wanita atau keputihan akibat jangkitan seperti kulat atau penyakit kelamin yang lain.
Tanpa maklumat lanjut dan pemeriksaan, adalah sukar untuk membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hidapi. Oleh itu, saya sarankan agar anda merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga mungkin perlu menjalani ujian tertentu untuk mengenalpasti punca masalah anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.