Sulit
4 tahun
Lebihan daging yang semakin membesar
Saya perasaan setelah sethn berlalu kenapa lebihan daging di lubang dubur saya semakin membesar dan kadang ii mengakibatkannya berdarah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang lebihan daging di dubur anda yang semakin membesar serta kadang kala berdarah. Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami biasanya adalah buasir. Namun begitu, ia juga boleh jadi adalah lebihan kulit atau ketumbuhan lain.
Bagi memastikan tahap serius dan diagnosis tepat masalah anda ini, anda perlu merujuk kepada doktor dengan lebih lanjut. Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.




































