Sulit
3 tahun
Left Breast Mastitis
Hi doktor,sy ad prtanyaan, klau mcm org yg prnah mengalami breast mastitis bleh consume supplement x? Conthnya kndungnnya hanyalah buah² & tiada kolagen. Terima kasih😊
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang mastitis atau keradangan payudara.
Untuk makluman anda, keradangan ini berlaku kerana saluran susu tersekat atau jangkitan bakteria di payudara. Sekiranya anda ingin mengambil suplemen, tiada masalah selagi suplemen tersebut tidak memberi kesan alahan kepada anda atau tidak bertindakbalas dengan ubat rawatan mastitis. Sila maklumkan kepada doktor yang merawat anda tentang suplemen yang anda ingin ambil.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Untuk merawat mastitis, saya mengesyorkan anda untuk mengikuti arahan daripada doktor anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.