
Sulit
5 tahun
Leher anak tumbuh biji2
Anak sy berumur 3 tahun.Sejak semingu lepas leher anak sy tumbuh biji2 kecil dan besar seperti jerawat…Sy dah letak calamine lotion tapi tiada perubahan.Yg terbaru tumbuh 1 yg agak besar di tepi matanya…Sy risau bila jerawat itu pecah akan masuk ke dlm matanya.Minta pandangan doktor.Tkasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat banyak kemungkinan masalah yang dihadapi oleh anda :
- Alergik
- cacar air
- Dishidrotik ekzema
- Jangkitan kulat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.