
Sulit
4 tahun
Leher bonjol/ ketumbuhan
Assalammualaikum & salam sejahtera. Leher saya ada bonjol, bila ditekan tidak rasa sakit. Bila makan pon tidak rasa sakit begitu juga minum. Apakah ianya 1 penyakit? Penyakit apa yg saya alami ini?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kista
- Lipoma
- Bisul
- Carbuncle
- kebengkakan tiroid
Namun, doktor perlu memeriksa benjolan ini untuk mengetahui sifatnya kerana punca yang disebutkan di atas mempunyai sifat yang berlainan. Jika anda perasan ia sudah bertambah besar dan bertambah sakit, anda disarankan untuk mengunjungi ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.