
rasullmuhd
5 tahun
Leher gelap dan kering
hye dr ,sy ader mengalami leher yg kering dan hitam ? sy seorang yg kurus dan juga tidak mengalami obersiti dan diebetis ? apakah punca leher sy kering dan hitam ? please dr bantu sy
sy ader membeli blood sugar levels untuk mengetahui diebetis tp bila sy check blood sugar …sy rendah itu menanda sy tidak mengalami diebetis? kan.
please dr bantu sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- acanthosis nigricans
- obesiti
- diabetes jenis 2
- masalah hormon - seperti sindrom Cushing, sindrom ovari polikistik atau tiroid
- kesan pengubatan tertentu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.