
Sulit
4 tahun
Leher @ tengkuk berbunyi ketika berpaling
Saya berumur 21 tahun. Saya sering membunyikan tengkuk saya. Akhir akhir ini tengkuk saya berbunyi ‘krak’ apabila saya berpaling ke kiri dan ke kanan. Saya sudah berjumpa doktor dan doktor berkata tiada apa yang serious tetapi kadang kadang saya merasakan kebas pasa bahagian muka. Doktor juga telah memberikan ubat sakit otot, tahan sakit dan ubat sapu panas. Tetapi saya masih rasa tidak selesa pada bahagian tengkuk.
Apa yang boleh saya lakukan untuk menghilangkan rasa tidak selesa dan bunyi pada bahagian tengkuk saya? Dan apakah yang berlaku pada tengkuk saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tengkuk yang berbunyi adalah perkara yang nomal tetapi ia boleh menjadi tidak normal jika anda mengalami simptom seperti berikut:
- kesakitan
- rasa panas di bahagian tengkuk
- loya dan muntah
- selalu berbunyi
Jika anda mengalami mana-mana simptom yang rujuk di atas, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor ataupun pakar tulang. Antara penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan tengkuk berbunyi tidak normal ialah:
- osteoarthritis
- penyakit disk merosot
- subluxation. Ia adalah kondisi di mana sendi tidak selari dan boleh menyebabkan kebas, kesakitan dan tengkuk yang selalu berbunyi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.