Sulit
2 tahun
Lelaki berusia rasa letih
ayah saya berumur 67 tahun sering mengadu berasa letih walaupun tidak melakukan kerja. saya sebagai anak berasa risau. bila diajak ke hospital untuk
buat check up tidak mahu. pada oendapat doktor, apakah keadaan ini normal bg orang yg dh berusia
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah ayah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah ayah anda. Antaranya adalah:
- Anemia
- Penyakit jantung
- Penyakit tiroid
- Diabetes
- Sindrom kelelahan kronik
- Sleep apneu iaiatu gangguan tidur dan menyebabkan anda tidak segar ketika bangun tidur
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk ayah anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.