
Sulit
3 tahun
Lelaki sakit perut pada bahagian bawah perut dan period
Salam sejahtera doc, sy berumur 1*,dan sy mempunyai kawan lelaki yg sebaya dgn sy,dia selalu mengadu kepada saya tentang dia sakit perut pada bahagian bawah perut dan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk membuang air besar dan kecil,dan dia pernah mengalami pendarahan yang sedikit di bahagian zakarnya, sekurang kurangnya dia mengadu kepada sy dalam sebulan sekali. soalan sy ialah, adakah dia ada kemungkinan utk mengalami sebarang penyakit atau itu hanyalah normal bg lelaki? Terima kasih doc kerana menjawab pertanyaan saya.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit perut, dan pendarahan pada bahagian zakar yang dialami oleh kawan lelaki anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahun anda, darah yang keluar dari zakar merupakan sesuatu yang tidak normal, dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti trauma dan jangkitan kuman.
Selain itu sakit pada bahagian bawah perut yang disertai gejala darah keluar dari zakar boleh disebabkan oleh perkara serius yang lain seperti
- penyakit batu karang
- jangkitan pada pundi kencing
- ketumbuhan ganas (kanser)
Oleh itu, anda amat disarankan merujuk ke klinik atau hospital yang terdekat dengan kadar segera, agar pemeriksan lanjut dapat diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.