
Sulit
5 tahun
Lelangit luka . Ulser
Hellow . Nma sya Ayu brumur 20 thun . Lelangit saya luka merah2 sampai tidak dapat makan . Sudah ke 3 hari sakit . Xdpt nak makan apa2 . Help me please

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ulser pada lelangit anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Luka dari makanan seperti tulang ikan
- Penyakit radang usus
- Jangkitan kuman seperti virus/kulat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.