
Anonymous
5 tahun
Lelangit pahit dan muntah
Saya ingin bertanya, semalam lelangit mulut saya terasa pahit dan saya muntah… hanya keluar air … harini saya terus terasa pedih dan seolah ada luka di dalam saluran tekak saya … selepas check suhu demam pun tak menunjukkan saya demam… adakah semua ni ada berpunca daripada saya sakit perut selama 3 hari lepas… terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Muntah-muntah adalah gejala untuk banyak jenis penyakit. Rasa pahit itu datang dari isi dalam perut anda atau cecair hempedu(warna hijau).
Keracunan makanan adalah antara penyebab kepada gejala muntah-muntah. Jika masalah anda masih berlanjutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.