
Sulit
4 tahun
Lelangit pedih dan kurang selesa dindalam. mulut
saya wanita berumur 39 tahun… saya mengalami rasa kurang selesa di dalam mulut saya… lidah terasa pedih dan kesat lelangit pedih… sakit kemudian dan akan datang lagi untuk beberapa hari… harap doktor dapat membantu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya, sebelum membuat kesimpulan tentang kondisi anda, maklumat lanjut masih diperlukan untuk mendiagnosis seperti apakah terdapat perubahan rasa saat anda mengunyah makanan, apakah terdapat perubahan warna, dan sebagainya.
Untuk makluman anda, sensasi seperti yang disifatkan terbakar dan nyeri pada lidah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- akibat pemakanan (lidah sensitif). Contohnya makanan yang pedas atau panas
- Multiple sclerosis
- Hypoglycemia (kurang gula dalam darah)
- Burning Mouth Syndrome (BMS)
- Sawan
- Stroke
- Kanser mulut
Sekiranya gejala masih belum membaik, adalah digalakkan untuk anda mengunjungi doktor pakar penyakit dalam atau doktor neurologi untuk dapat dilakukan pemeriksaan lanjut serta supaya dapat diberikan rawatan yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.