
Anonymous
5 tahun
Lemah batin masalah hubungan intim
Sy berumor 36thun…ada masalah hubungan intim…sy menghidap kencing manis…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lemah tenaga batin boleh disebabkan:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas seperti penyakit jantung, diabetes, obesiti, kolesterol tinggi, darah tinggi
Untuk mengatasi masalah ini secara umumnya anda boleh:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Ubat-ubatan - perlu dapatkan nasihat doktor kerana perlu berhati-hati dengan kondisi yang lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.