
Sulit
4 tahun
Lemah muka sebelah setiap kali bangun tidur
Doktor.tlg bantu sy sejak beberapa ketika ini muka saya sebelah kanan sering terasa lemah setiap kali bangun tidur. Sy wanita berusia 28 thun. Sy pernah mengalami bell palsy ketika berumur 22tahun. Dan sembuh dalam masa 6 bulan juga.
Bila muka sy sekarang terasa lemah setiap kali terjaga dari tidur saya jadi panik. Saya mesti lihat cermin sebab trauma dengan apa yang berlaku sebelum ni.
Setiap kali sy baring saya dapat rasa pengaliran cecair dalam kepala saya. Dulu sy selalu sakit kepala teruk sebelum kena bell palsy. Tapi skrg sy dah jarang hampir dikatakan setahun sekali mungkin sy akan sakit kepala atau tiada.
Apa tindakan patut sy lakukan untuk pulihkan semula kelemahan otot muka. Terutama mata saya. Setiap kali bangun tidur saya dpt rasakan mata sy buka separuh. Sebelum sy bangkit dan kerdip mata berulang kali dengan kuat.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu berasa lemah otot muka setiap kali bangun dan anda mempunyai sejarah kesihatan Bell’s Palsy. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lemah pada bahagian otot muka anda boleh disebabkan:
- Ketegangan otot
- Radang saraf pada otot
- Masalah saraf otot sempit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.