
Anonymous
4 tahun
Lemah syahwat kerana kencing manis
Saya lelaki. Berumur 48 tahun. Ada masalah kencing manis, darah tinggi dan gout. Secara fizikal saya sihat dan aktif dengar kerja luar dan sesekali berjongging. Masalah saya sejak akhir2 ini zakar saya semakin lemah walau masih mampu mengeras tapi ketika pancutan zakar tidak keras maksima seperti kebiasaan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk. Antara faktor yang menyebabkan masalah ini adalah penyakit yang boleh mengganggu pembuluh darah seperti kencing manis dan darah tinggi. Berikut adalah antara punca masalah ini boleh berlaku:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.