
Anonymous
5 tahun
Lemah tenaga batin badan tak maya
Saya Hadzri dah 2 thn tak bersama isteri kemaluan tak tegang dah cuba urut pump pill

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan tuan, gejala mati pucuk ini boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain
Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh amalkan beberapa langkah seperti:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Terdapat ubat-ubatan yang boleh diambil namun pemeriksaan oleh doktor adalah diperlukan agar tiada sebarang kontra-indikasi kepada anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.