
Sulit
4 tahun
Lemon untuk kurus dan kulit cantik
Hi doctor, saya nak tanya betul ke orang cakap kalau minum lemon hari hari boleh kurangkan berat badan dan jadikan kulit cantik sebab ada vitamin c? Dan boleh sarankan apa makanan yg boleh kurangkan berat badan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, lemon merupakan buah yang berasal dari genus yang dinamakan Citrus. Buah-buahan citrus mempunyai kesan yang baik untuk kulit. Malah, ada kajian yang mengatakan bahawa buah lemon berupaya menurunkan berat badan, kadar lemak dalam tubuh dan juga resistensi insulin. Resistensi insulin adalah salah satu penyebab terjadinya kencing manis. Namun begitu, cara pengambilannya haruslah benar, seperti tidak diambil ketika perut kosong kerana kandungan asid dalam lemon berbahaya ketika perut kosong (boleh menyebabkan sakit perut).
Selain itu, untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik dan kulit yang menawan, anda harus sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat dan tidak bergantung kepada buah lemon semata-mata.
Tips bagi mendapatkan tubuh badan yang cantik dan sehat adalah seperti:
- Kurangi pengambilan gula
- Kurangi pengambilan garam
- Makan banyak serat (buah-buahan dan sayur-sayuran)
- Rajin bersenam
- Tidur yang cukup
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.