Sulit
3 tahun
Lendir berdarah keluar dr dubur
Saya wanita umur dlm 30an.ada beberapa kali ada lendir berdarah keluar dr dubur saya.adakah itu buasir berdarah? Bahaya ke?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
- Masalah “fissure” atau "fistula
Buasir diklasifikasikan kepada dua kategori umum - dalaman dan luaran.
- Buasir dalaman terletak jauh di dalam rektum yang anda tidak dapat lihat atau merasakannya. Ia selalunya tidak sakit kerana hanya terdapat beberapa saraf sahaja. Pendarahan mungkin satu-satunya tanda bahawa buasir ini terjadi. Kadang kala buasir dalaman akan membesar dan menonjol di luar “sphincter” dubur. Jika ya, anda mungkin dapat melihat atau merasakannya. Ia seperti lembap, kulit merah jambu atau kulit yang lebih merah jambu daripada kawasan sekitarnya.
- Buasir yang berlanjutan mungkin menyakitkan.
- Buasir luar terletak dalam dubur dan sering tidak selesa. Sekiranya buasir luaran terjujur ke luar (biasanya semasa membuang najis), anda boleh melihat dan merasainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut seperti pemakanan anda dan simptom lain adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

























