
Anonymous
4 tahun
Lendir berdarah setiap pagi
Saya lelaki umur 40thn.setiap pagi keluarkan lendir dari tekak terdapat campuran darah.masalah kahak ini berlanjut beberapa tahun dan 2 minggu ini terdapat campuran kahak.i dah buat banyak treatment untuk hentikan kahak tapi tak ada berhenti kahak.saya setiap hari terpaksa keluarkan kahak dari tekak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Cuaca persekitaran panas terik . Persekitaran yang terlampau panas akan menyebabkan badan kita menjadi kering dengan cepat. Perkara ini secara tidak langsung juga akan menyebabkan mukosa dalam hidung mengalami kekeringan. Justeru itu, apabila seseorang menghembus nafas terlalu kuat maka ia akan membawa kepada pendarahan.
Jangkitan bakteria atau virus
Berlaku sebarang trauma kepada bahagian tekak
Penyakit paru-paru seperti batuk kering
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.