
Sulit
5 tahun
Lendir berwarna coklat gelap
Hi doc . Sh wanita berusia 20an . Sy nak tnya , sy kerap pedih dlm perut . Dan setiap kali sy rasa skit perut , akn keluar lendir yg berwarna coklat. Apa penyebabnya ya doc ? Dan sakit apa yg sy sedang hadapi . Tq dos

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas mengenai gejala yang anda hadapi. Bahgaian perut manakah yang pedih dan dari manakah lendiran coklat tersebut keluar? Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.