
Sulit
5 tahun
Lendir berwarna coklat selepas haid
Sy nofazila berumur 25tahun anak 1 berumur 2tahun…sy pguna prancg keluarga inplan baru 7bulan psg…disini sy nak tanya,selepas sy dtg haid dah bersih dlm 1minggu,selepas 1minggu sy dtg sperti lendir bwarna coklat❓ketika bersama sy tidak mgalami sakit…ada satu hari ketika bersama sy mgalami senak perut…adakah sy mgalami sakit dlman doc❓atau sbb gangguan iplan yg sy pakai tu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Pertama sekali kami perlu memastikan lendir berwarna coklat itu samada ia merupakan spotting atau haid yang berlebihan. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, implan, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Pendarahan implantasi kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.