
Sulit
5 tahun
Lendir coklat ketika Hamil muda
Assalamualaikum doc… Sy berumur 20 tahun dan baru bernikah 5 bulan… Sekrang sy hamil tetapi pada kandungan 6 minggu… Keluar lendir berwarna coklat seperti darah lama bercampur keputihan… Dan berlarutan sehingga sekrang (7 hari)… Sy sudah ke klinik untuk dapatkan rawatan… Bila scan… Masih tak nampak bayi. Dan doktor tak bgitahu apa2 solution… Doktor cuma cakap sekiranya berlaku pendarahan warna merah cepat2 ke hospital… Adakah ini normal untuk orang mengndung? Sebelum ni sy period secara konsisten… Senggugut pun sehari pada hari kedua period…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, lendir coklat diawal usia kehamilan boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- Akibat implantasi
- Perdarahan fisiologi pangkal rahim akibat pembesaran kandungan
- Persetubuhan
- Selepas ujian Pap
- Selepas ujian pelvik.
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan yang terjadi adalah banyak, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal serius diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.