
fazzfauzy82
5 tahun
Lendir Coklat Selepas Nifas
Doktor
Saya Telah Melahirkan Anak Secara Pembedahan Lebih Kurang 3 Bulan Lepas.
Sehingga Kini Saya Belum Haid Namun Masalah Lendir Berwarna Coklat Yang Tidak Putus Sejak Darah Nifas Berhenti.
Tidak Berbau, Tidak Gatal Dan Lendir Tersebut Tidak Banyak.
Adakah Ianya Normal Utk Berlanjutan Sehingga Ke Hari Ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, darah yang keluar itu boleh disebabkan oleh banyak punca. Bagi membuat kesimpulan tentang punca kepada masalah anda, konsultasi lanjut adalah diperlukan. Secara amnya, darah nifas akan keluar untuk maksimum 8 minggu. Kemungkinan bahawa yang keluar itu adalah darah haid itu juga ada.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.