
Sulit
5 tahun
Lendir coklat serta darah yang sedikit
Assalamualaikum/selamat sejahtera doktor. Saya sudah empat hari mengalami lendir coklat berserta darah yang sangat sedikit dan tidak mempunyai kesan langsung di pad dan pantyliner. Adakah itu di kira darah haid atau sebaliknya? Untuk makluman doktor, saya sudah berkahwin dan pernah mengalami keguguran. Adakah perkara tersebut normal bagi seseorang yang pernah hamil? Dan saya juga mengalami kegatalan di bahagian private saya semenjak saya keguguran. Adakah perkara tersebut disebabkan jangkitan kuman? Dan setiap kali saya memakai pad saya akan mengalami kegatalan tersebut.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.