
Anonymous
5 tahun
Lendir degil di tekak
Salam. saya Suhailah, berumur 27 tahun. Saya mengalami masalah dalam saluran pernafasan. Setiap malam or setiap kali saya nak tidur mendatar tidak boleh kerana mesti selalu ada lendir yang mengganggu pernafasan saya. Hal ini menyebabkan saya terpaksa bangun kerap kali untuk mengeluarkan kahak itu. Namun, dia degil dan masih ada didalam tekak itu. (seolah-olah macam tertelan guli)
Saya dah cuba mengambil ubat Bromhexine CL selama 2 minggu, namun masalah itu tidak berkurang sedikit pun.
setiap kali saya mahu bercakap, makan or melakukan aktiviti biasa, mesti ada je lendir yang berbuih-buih menggangu saluran pernafasan saya. kadang-kadang saya paksa keluarkannya sampai berdarah. Namun ia tidak keluar jugak.
Sympton lain yang saya alami adalah sakit mata, sekeliling tulang kening, mata kadang-kadang rabun dan kerap mengalami sakit kepala secara tiba-tiba.
Mohon doktor memberitahu apakah nama penyakit ini? sekian terima kasih =)

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa penyebab kahak atau lendir berlebihan yang pada hidung dan tekak. Radang pada tekak atau hidung adalah penyebab utama lendir dan kahak dan selalunya keradangan adalah disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Allergi
- Terdapat object asing di dalam rongga tersebut
- Asma
- Jangkitan di dalam sinus
Anda juga mungkin mempunyai masalah lain yang mengakibatkan perkara ini. Oleh itu adalah disarankan agar anda merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan serta pemeriksaan atau ujian dapat dibuat sekiranya perlu. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian.
Terima kasih.