
Sulit
3 tahun
Lendir keluar darah
Saya wanita 20an . Saya masih belum berkahwin . Saya ada masalah lendir keluar dgn darah . Kalau ikutkan tarikh period saya dah lepas utk bulan ni dan utk bulan depan belum lg . Tapi sebelum period bulan lepas saya mengalami masalah yg sama . Lendir keluar darah . Tak mcm darah period tapi dia banyak and berbau hanyir darah sedikit .tak sakit apa apa pun . Selepas period pun masih ada lg . Last saya period utk bulan ni pada 08hb-18hb . Ini first time period saya lama ni . Kadang period saya hanya 3-4 hari sahaja . Yg selebihnya keluar darah+lendir mcm tu . Boleh saya tau apa masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, keluar lendir dan perubahan pada haid boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya
- Tekanan
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Bersenam berlebihan
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Kesan pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti sista, polip dan lain
Perkara-perkara atas biasanya menyebabkan gejala yang serupa sekali dan amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.