Sulit
3 tahun
Lendir merah , punca belum pregnant, any suggestions
Hi doctor, umo sy 25, sy br 1 March nie Kahwin, sy blm pregnant
Lagi, 2-3hari nie lepas bersama gan suami (Mlm) , pg pegi toilet keluar
Lendir merah , ape punca ye ? Sy period dlm 8hr , sy jugak mkn
Folic acid, susu kambing, sy selalu naik turun tangga,
Adakah nie punca sy lum pregnant? Suami sy bole mkn folic
Acid? Adakah patut sy scan Rahim ?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, folic acid adalah suplemen yang diperlukan untuk kesihatan janin sewaktu kehamilan dan perlu diambil sebelum dan semasa hamil. Masalah sukar hamil boleh disebabkan oleh:
- Salah masa (hubungan kelamin diadakan bukan pada hari kesuburan)
- Masalah pada sperma pasangan lelaki
- Masalah pada ovari atau struktur organ kehamilan
Anda boleh baca lebih lanjut di sini mengenai tips untuk mudah hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.