
Sulit
4 tahun
Lendir putih ketika bersama
Saya seorang wanita berusia 26 tahun. saya sering mengalami keluar lendir berwarna putih seperti cream/krim semasa melakukan hubungan intim. Adakah lendir tersebut berbahaya ataupun normal ketika berhubungan intim?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia
- polip pada serviks
Sewaktu berhubungan intim, cecair pelincir secara semula jadi akan terhasil. Namun, ia adalah berwarna lut sinar.
Bagi mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.