
Anonymous
2 tahun
Lendir selepas kelahiran
Assalam dan selamat pagi…saya seorang wanita berusia 28 tahun…saya baru melahirkan seorang bayi lelaki…hari ini adalah hari yang ke 58…soalan saya adakah normal jika nifas saya berwarna macam nanah dan berbau…jugak deman dua hari…bila makan ubat dia okeyy selepas itu saya kembali demam…suhu terakhir saya sebelum makan ubat adalah 39.9 C dan mengalami kesakitan di bahagian ari ari…tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Darah nifas atau lochia mungkin tidak normal jika jangkitan. Jangkitan boleh disyaki apabila:
- Terdapat perdarahan berat yang luar biasa
- Ia mempunyai bau yang tidak menyenangkan.
- Terdapat demam dengan menggigil.
- Terdapat kesakitan di perut bawah yang meningkat sepanjang hari.
Berdasarkan keterangan anda, masalah darah nifas yang berbau yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- endometritis - infeksi pada rahim
- infeksi pada vagina (tempat dijahit)
Bagi masalah puan, oleh kerana puan demam hal ini berkemungkinan puan mempunyai jangkitan. Oleh itu, saya nasihatkan puan untuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.