
Sulit
3 tahun
Lendiran kahak putih Dan hijau hingga dada sakit
Saya selalu mengalami lendiran Kahak selepas makan sebelum ini Dan baru2 ini saya sakit tekak batuk Dan demam.batuk demam semua dah sembuh bbrpa Hari lepas.tapi saya Masih mengalami lendiran Kahak putih Dan hijau.dada terasa sakit.kahak hijau seolah2 dtg Dari rongga hidung sedangkan saya tidak mengalami flu.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kembimbangan anda mengenai masalah kahak anda yang dialami kebelakangan ini. Untuk makluman anda, terdapat beberap penjelasan yang boleh diberi yang berkait dengan masalah kahak berlebihan dan berwarna kuning hijau iaitu:
- Kahak berwarna kuning atau hijau adalah tanda-tanda jangkitan kuman pada tekak atau ruang hidung.
- Jangkitan kuman ini menyebabkan keradangan pada kawasan ruangan hidung, mulut dan tekak dan menyebabkan rembesan kahak menjadi lebih banyak berbanding normal. Ini merupakan salah satu sistem pertahanan badan anda. Ia juga boleh melibatkan salur pernafasan dan paru-paru
- Jangkitan kuman pada paru-paru seperti Pneumonia dan penyakit Tuberculosis . Namun, penglibatan paru-paru akan menyebabkan gejala batuk.
- Keradangan atau jangkitan kuman pada tonsil ( Tonsilitis ) yang boleh menyebabkan tonsil bengkak. Selalunya ia akan disampingi dengan gejala sakit tekak.
- Alahan pada persekitaraan atau makanan yang boleh menyebabkan kahak berlebihan.
- Keradangan sinus akibat jangkitan.
- Cecair hidung yang jatuh ke tekak ( Postnasal Drip )
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.**
**
Dengan itu, kami boleh cadangkan anda untuk melakukan beberapa perkara ini yang boleh dilakukan di rumah iaitu:
- Gunakan alat pelembap udara atau memastikan udara persekitaran tidak kering.
- Bersenam. Ini akan membuatkan salur penafasan dan ruangan hidung yang tersumbat dengan kahak atau hingus menjadi lebih senang berkembang dan melancarkan aliran udaran bagi pernafasan yang melegakan.
- Banyakkan minum air
- Makan dengan perlahan
- Berkumur dengan air garam. Namun, keberkesanan kaedah ini adalah subjektif pada setiap individu.
- Amalkan pemakanan madu.
- Tidur dengan posisi kepala yang tinggi. Gunakan bantal lebih
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.