
Sulit
5 tahun
Lengan dan bahu sebelah kiri terasa sakit urat dan tiada sakit di dada
Saya berumur 25 tahun . Perokok tegar . Mempunyai masalah gastrik/gerd yg teruk . Semenjak kebelakangan ini saya kerap terasa urat menarik di bahagian kiri lengan dan bahu tetapi tiada sakit didada kiri atau kanan . Apakah kemungkinan ini petanda jantung saya bermasalah ? Harap doctor boleh bagi pencerahan dan cadangan apa yg perlu saya buat ? Perlu segera ke hospital atau bagaimana ? Sbb perkara ini merisaukan saya sebenarnya . Thanks doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dari bahu ke lengan kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit otot
- cervical syndrome
- kekurangan vitamin
- akibat ubatan
- jantung
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.