
azrulfauzi21
5 tahun
Lengan sakit xboleh nak lurus
Dalam beberapa ni lengan kiri n kanan saya xleh nk lurus rasa mcm ditindih dengan badan tapi saya xtidur tindih tgn…bila tidur menghadap kiri tgn kiri yg sakit.bila menghadap belah kanan sambil tidur,pn kanan sakit.tp dh lama2 baru siku n tgn boleh luruskan sikit2.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah lengan tidak boleh diluruskan boleh disebabkan banyaka masalah seperti:
- Keradangan atau ketengangan pada otot
- Tulang terseliuh
- Maslah pada ligamen
- Trauma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.