
Sulit
4 tahun
Lengan selalu rasa sejuk
Hi, saya pemuda berusia 22 tahun . Saya nak tanya , saya sering mengalami rasa sejuk pada kedua belah lengan saya seperti sedang demam . Walhal tidak demam . Mungkin simptom lain yg dialami, kadangkala berpeluh pd tangan dan kaki, dan tumbuh ruam pada bahagian belakang badan . Apakah simptom penyakit yg ditunjukkan ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai hiperhidrosis adalah keadaan yang menyebabkan berpeluh berlebihan. Peluh ini boleh berlaku dalam situasi yang tidak biasa, seperti cuaca sejuk, atau tanpa pencetus sama sekali.
Peluh yang berlebihan yang dikaitkan dengan hiperhidrosis biasanya paling aktif di tangan, kaki, ketiak, dan pangkal paha kerana konsentrasi kelenjar peluh yang agak tinggi. Terdapat dua jenis hiperhidrosis, antaranya:
- Hiperhidrosis utama atau fokal: Peluh berlebihan di setempat atau pada satu bahagian badan sahaja seperti tangan, ketiak, kepala, muka dan kaki tanpa sebab yang jelas. Sebagai contoh, hiperhidrosis palmoplantar adalah peluh yang berlebihan pada tapak tangan dan tapak kaki.
- Hiperhidrosis sekunder atau umum: Peluh berlebihan menjejaskan seluruh badan. Keadaan ini boleh disebabkan oleh keadaan perubatan atau ubat. Hiperhidrosis mungkin wujud sejak lahir atau mungkin berkembang di kemudian hari. Walau bagaimanapun, kebanyakan kes peluh berlebihan cenderung bermula semasa tahun remaja.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.