Sulit
4 tahun
Lenguh badan ,pitam,kurang selera makan,haid tidak teratur,
saya wanita berumur 16 tahun…sejak kebelakangan ni saya selalu mengalami lenguh badan seperti seorang yang tidak bermaya dan menjadi lesu.sedangkan saya pekerjaan yg sya lkukan itu tidak trlalu berat atau mencabar.sya jga krang slra mkan…haid tidak tratur…selalu kelihatan pucat …saya juga pitam…haid saaya jga tdak teratur hampir 2 bulan sya tdak mngalami haid…saya jga ssah tidur…tidak suka bergaul dan lebih suka bersendirian.sealalu merasa risau tanpa sebab dan tiba tiba takut.APAKAH itu satu penyakit serius atau perkara yang berbaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Kami memahami situasi anda dan akan cuba membantu.
Gejala anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti stress, kegelisahan, kemurungan, ketidakseimbangan hormon, penyakit kelenjer, penyakit puan dan lain.
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Selain itu, ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah ini yang boleh dibuat disamping mengambil ubat. Untuk makluman anda, cara menangani stress berlebihan adalah dengan menjalani gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.




































