Sulit
3 tahun
Lenguh badan selepas bangun tidur
Saya wanita berumur 42 tahun. Saya mengalami lenguh dan sakit badan (dari leher ke bahu) selepas bangun dari tidur sejak dua bulan ini. Biasanya saya tidur 6-7 jam sehari. Adakah ini berkaitan dengan saraf atau tanda2 penyakit lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Saraf terhimpit (nerve entrapment)
- Posisi tidur yang tidak selesa
- Tidur yang tidak berkualiti
- Gejala perimenopaus
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda dan ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang tidak kami sebutkan di atas. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.