
Sulit
4 tahun
Lenguh bahagian pinggang hingga ke otot dan tulng peha
Saya lelaki 20 an. Saya mempunyai msaalah lenguh pada bahagian pinggng terutama pada bhagian tulang dan oto peha . Apabila cuaca sejuk dan pergerakan yg banyak . Saya akan mengalami gejala tersbut . Boleh terangkan serb sikit ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pinggang dan peha anda boleh disebabkan:
- Masalah cakera tulang belakang - seperti cakera tergelincir
- Masalah otot tulang belakang - akibat postur duduk atau tidur tidak kondusif
- Masalah keradangan buah pinggang - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Masalah saraf pelvis - akibat keradangan atau tekanan dalam struktur pelvis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.