
Sulit
4 tahun
Lenguh dan kebaS dari tngan hingga kePala semasa tisur
WANita 35
Anxiety disorder under treatment for 5 years
Only consume espran everyday

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Merujuk kepada rasa kebas dari tangan sehingga kepala ia boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Kurang vitamin atau nutrien seperti vitamin B, potassium atau kalsium
- Penyakit saraf - seperti Multiple sclerosis
- Strok
- Masalah saraf
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit arteri periferi - risiko penyebab seperti darah tinggi dan kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.