
cheritachucks
4 tahun
Lenguh Di Bahagian Leher Belakang & Pingang
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Doktor.
Saya seorang lelaki berusia 26 tahun yang aktif bersukan.
Saya ingin mendapatkan nasihat dan pencerahan dari Doktor mengenai masalah yang saya alami.
Semasa PKP pertama saya mengalami lenguh2 di leher belakang dan pingang disertai sesak nafas dan perasaan gementar. Saya juga telah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan oksigen didalam darah, ECG dan paru2. Keputusan untuk semua pemeriksaan adalah normal dan sihat.
Badan saya juga sering kali menjadi letih dan tidak bermaya. Mohon bantuan dan pencerahan dari Doktor.
Sekian.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu lenguh di bahagian leher belakang dan pinggang. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- otot kejang / muscle spasm
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- Masalah saraf
- Masalah jantung
- Radang selaput dada (costochondritis)
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekali lagi sekiranya anda mengalami simptom seperti:
- Kesukaran bernafas
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!