
Sulit
4 tahun
Lenguh di bahagian lutut semakin kerap
Saya berumur 21 dan bekerja sebagai guru di sebuah tadika autisme. Sejak kebelakangan ini saya sering mengalami lenguh di bahagian lutut. Bila duduk saja tanpa buat apa2 akiviti pun lutut akan rasa lenguh apatah lagi berdiri lama. Tiada rasa sakit pada waktu pagi. Saya juga ada masalah slip disc di bahagian lumbar dan pernah mengalami ankle sprain pada oktober tahun lepas. Adakah lenguh tu disebabkan oleh masalah slip disc atau masalah lain. Adakah possible disebabkan oleh synovial fluid yg dh berkurang? Perlu tak saya berjumpa dengan doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ligamen dalam lutut cedera
- Terseliuh otot
- Tendinitis atau bursitis
- Jangkitan lutut atau “septic arthritis”
- Rheumatoid arthritis
- Gout
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut seperti rawatan gigi, status kesihatan semasa adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.