Sulit
3 tahun
Lepas habis period, ade lagi keluar darah tapi sikit
Saya wanita dalam 20’an, dan ini kali pertama saya keluar darah lagi setelah habis period 13 hari
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal haid tidak teratur di mana darah keluar selepas habis haid 13 hari. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa yang boleh membuat kitaran haid tidak teratur, seperti:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor jika simptom anda masih berpanjangan. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!