
Anonymous
6 tahun
Lesu badan, pandangan kabur
Saya wanita berumur 21 tahun. Baru baru ni saya rasa pening kepala tapi saya ingat itu normal jadi saya makan panadol. Tapi esok harinya saya tiba tiba rasa pening kepala ditambah dengan rasa pening apabila melihat sekeliling ketika sedang makan. Saya ada membuat ujian tekanan darah tetapi bacaannya normal. Saya jugak ada membuat ujian gula dalam darah di mana bacaannya 7.9. (Dua jam sebelum darah diambil saya dah makan) saya juga mengalami masalah sukar tidur pada waktu malam, dan badan terasa cepat letih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa jenis sakit kepala iaitu:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Untuk merawat hal ini kita haruslah mengenal pasti jenis sakit kepala yang anda sedang alami. Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih