
Sulit
2 tahun
Letih/sakit kepala/berpeluh kuat
Sy berumur 24 tahun, nak tny kenapa ye sy selalu sakit kepala yang teruk, kuat berpeluh, dan selalu sakit2 badan bila balik dr keja sedangkan keja duduk tapi letih sakit2 badan. Tahun bila 2015 xsilap sy pegi cek kesihatan kat nilai ecg semua ape tapi keputusan okey jerk.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan terbahagi kepada dua iaitu primer atau sekunder.
Sakit kepala primer merangkumi migrain, sakit kepala cluster, dan sakit kepala ketegangan. Sakit kepala ketegangan (tension type headache) adalah bentuk sakit kepala utama yang paling biasa diikuti migrain dan sakit kepala berkelompok.
Sakit kepala sekunder pula adalah simtom yang berlaku apabila keadaan lain merangsang saraf yang sensitif terhadap kepalanya. Pelbagai faktor yang berbeza boleh menyebabkan sakit kepala sekunder termasuk:
- sakit gigi
- influenza
- dehidrasi
- pendarahan di dalam atau di sekeliling otak
- keracunan karbon monoksida
- glaukoma
- barah otak
Jawapan ini ialah keterangan am bagi masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.