Sulit
3 tahun
Lewat ambik suntikan depo dan persoalan perlu tunggu period dulu ke baru boleh cucuk sebab ada bersama dengan suami
Saya sepatutnya cucuk depo pada 28hb 10 tetapi saya terlupa dan bila pergi ke klinik untuk cucuk pada 4hb 11 nurse cakap saya x boleh cucuk depo sebab dah lewat dari tarikh sepatutnya dan saya ada bersama suami dalam masa seminggu tu tanpa guna perlindungan. Sekarang saya dah buat pregnancy test dan result saya negative. Nurse cakap ke saya hari tu kena tunggu saya period dulu baru boleh cucuk depo. Masalahnya sekarang period saya tidak teratur selepas ambil suntikan depo sebelum ni(dh 2 kali cucuk). Persoalan saya adakah saya perlu tunggu period dulu atau boleh cucuk terus inj depo sebab pregnancy test saya dah negative?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Berkenaan tentang suntikan depo, untuk keberkesanan suntikan ini, cara pemberiannya haruslah tepat. Sekiranya anda menjalani suntikan selama 5 hari pertama waktu haid anda, anda akan segera dilindungi daripada hamil. Manakala, sekiranya anda menjalani suntikan pada hari lain kitaran haid anda samada semasa anda tidak melakukan hubungan seks selama dua minggu berturut-turut (menggunakan kondom 100% sepanjang masa) atau menjalani ujian kehamilan yang negatif, maka anda perlu menggunakan kontrasepsi tambahan, seperti kondom, selama 7 hari.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih