Sulit
5 tahun
Lewat datang haid 6 hari
Saya wanita berusia 26 tahun, kebiasaanya kitaran haid saya 28-32 hari. Hari ini sudah 38 hari kitaran haid tapi masih tak datang lagi. Bulan lepas sy mengalami 2 kali datang haid. Pergi klinik doktor bagi ubat sunolut utk 21 hari pengambilan. Habis ubat tu, haid sy datang kembali normal. Tapi sehingga ke hari ini tidak datang.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat pelbagai punca kepada haid lewat seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan mengambil pil perancang kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























