
Sulit
5 tahun
Lewat datang haid dan keluar keputihan
Hai doktor, Sya berumur 17 tahunn, sejak kebelakangan ini saya mendapati kitaran haid saya tidak teratur,dan yg menjadi persoalan, Sya period pda penghujung bulan 2 dan habis pada awal bulan 3 iaitu 9/3 adakah itu biasa jika tidak datang haid pada penghujung bulan 3?
Soalan kedua Sya ialah sejak kebelakangan ini, Sya kerap keluar keputihan yang agak banyak,
Boleh x doktor jelaskan?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur dan keputihan boleh disebabkan oleh:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.