
Sulit
3 tahun
Lewat haid 2 minggu lebih adakah mengandung?
Saya wanita umur 21 tahun, selama ini haid saya memang teratur Dan datang tiap bulan, tapi pelik pada bulan ini langsung tiada datang bulan… Saya selalu datang haid pada pertengahan bulan tapi Kali ini dah lewat 2 minggu lebih , adakah saya mengandung ? Lagipun saya juga belom buat test pregnancy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala dan tanda kehamilan adalah seperti yang berikut:
- Haid tidak datang
- Loya dan muntah
- Sakit perut dan haid berdarah sikit
- Ketidakselesaan payudara, tegang
- Kulit jadi gelap terutamanya pada puting dan perut buncit
- Perubahan mood
- Keletihan
- Kerap kencing
- Sembelit
Sekiranya anda terasa anda mengandung, anda boleh buat ujian mudah kendiri mengunakan ujian UPT selepas 1 hingga 2 minggu haid terlewat. Anda boleh dapatkan kit ujian UPT dari mana-mana klinik atau farmasi berdekatan.
Selain dari ujian UPT, anda juga boleh merujuk kepada doktor di klinik kesihatan atau hospital berdekatan anda untuk mengesan status kehamilan anda.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).
Dapatkan kit ujian UPT dari lamanan farmasi kami.