
Sulit
4 tahun
Lewat makan acid folic
Sy hny makan acid folic setelah mengetahui saya hamil 8 minggu. Adakah lewat makan ini akan menyebabkan apa2 berlaku pada kandungan sy? Adakah cukup dgn 400 microgram shj? Tq doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Pertama sekali, tahniah atas kehamilan anda!
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk pengetahuan anda, berdasarkan kajian pengambilan folic acid seawal sebelum kehamilan dan semasa kehamilan, dapat menurunkan risiko masalah kecacatan pada bayi dalam kandungan. Justeru itu, pengambilan folic acid sangat dianjurkan bagi wanita yang merancang untuk mengandung ataupun wanita yang sedang mengandung.
Sebenarnya, tidak ada istilah terlambat dalam memakan asam folat, sehingga boleh mengakibatkan kecacatan janin. Hal ini kerana jika sebelum ini anda mengamalkan pemakanan yang sihat, bernutrisi dan seimbang, kemungkinan besar makanan yang anda makan juga mengandung folic acid.
Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu risau tentang perkara ini. 400mcg setiap hari folic acid mencukupi bagi wanita mengandung. Anda juga dianjurkan untuk meneruskan perjalanan kehamilan ini dengan pemakanan yang sihat dan seimbang serta minda yang sentiasa ceria.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih