Anonymous
6 tahun
Lewat makan morning after pill
Saya 22 tahun, saya mengambil pil perancang pada hari pertama dan tertinggal selama seminggu. Apakah yg patut saya lakukan?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memerlukan informasi tentang jenis pil perancang yang anda sedang ambil buat masa ini. Untuk morning after pil, anda harus mengambil pil kedua 12 jam selepas pil pertama. Sekiranya anda terlupa untuk mengambil pil yang kedua, maka kesanya semestinya diganggu. Kami sarankan anda untuk mengambil urine pregnancy test untuk mengetahui keberkesanan pil perancang tersebut.
Untuk mendapatkan konsultasi yang selanjutnya mengenai situasi anda, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





































