
nnabilaama
5 tahun
Lewat pengambilan tablet kedua prostinor 2
hi saya nak bertanya, saya baru sahaja selepas mengambil pil prostinor 2. adakah ia memberi kesan sekiranya tablet kedua diambil sedikit lewat kerana apa yang saya baca perlu diambil 12 jam selepas tablet pertama. seperti kes saya, saya terlewat 2 jam untuk consume tablet kedua tersebut. adakah ia memberi kesan seperti ubat tidak akan berkesan kerana terlambat atau akan ada kesan lain? tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda tidak perlu risau mengenai pengambilan pill kedua lewat dua jam kerana kebiasaannya lewat atau cepat pengambilan dos kedua tidak begitu mempengaruhi kesan pengambilan pil ini.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih